MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DISEKOLAH
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu sidang media yang diadakan pada Ahad, 4 Oktober 2015 berhubung isu jerebu mengumumkan sekolah di negeri terbabit dengan masalah jerebu yang serius akan di tutup dan pelajar diberi cuti selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) Bagaimanapun, sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah tidak ditutup dan sesi persekolahan berlangsung seperti biasa Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini ekoran masalah jerebu Sementara itu, Peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.










.png)
0 comments:
Post a Comment